Search This Blog

Sunday, July 13, 2008

VISI & MISI

Visi

SEKOLAH HARIAN CEMERLANG DAERAH ROMPIN TAHUN 2010

Misi

MEMBERI PENDIDIKAN YANg bERKUALITI KE ARAH MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI
BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG GEMOK




SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG GEMOK
26820 ROMPIN PAHANG DARUL MAKMUR


Latar Belakang Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Gemok letaknya di Kampung Tanjung Gemok Kuala Rompin Pahang, yang dikelilingi oleh kampung-kampung tradisional iaitu Kampung Tanjung Pahang, Serinkin,Janglau, Tambang, Mentara, Sarang Tiong, Pianggu, Kasing, Tambang, Denai dan Kampung Jawa yang majoriti penduduknya terdiri daripada petani dan nelayan serta sebahagian kecilnya peniaga dan kakitangan kerajaan.Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1984 di tapak seluas 6 ekar dengan jumlah bangunan empat blok termasuk kantin sekolah, dengan jumlah pelajar seramai 387 orang pelajar bermula dari tingkatan satu sehingga tingkatan dua.Pada masa sekarang ini jumlah blok bangunan telah pun bertambah kepada 12 blok semuanya.Blok baru yang mula digunakan pada tahun 2004 ini,termasuk dua blok asrama,dewan al-Barakah,bengkel Sains Pertanian dan sebuah surau al-Hidayah.Bagi jumlah pelajar pula telah meningkat kepada 1087 orang semuanya dengan pertambahan tingkatan sehingga kepada tingkatan enam bawah yang baru diwujudkan pada tahun 2004,jumlah guru seramai 75 orang dan 15 kakitangan.